Wednesday, July 30, 2014

15 Orang Keluarga Duta PALESTIN ke MALAYSIA Terbunuh

KOTA KINABALU: Lima belas daripada 145 rakyat Palestin yang terkorban di Gaza berikutan serangan ganas terbaharu Israel di Gaza adalah waris kepada Duta Besar baharu Palestin ke Malaysia, Dr Anwar H Al Agha.

Beliau berkata 15 orang itu, kebanyakannya sepupu, tinggal di tiga rumah apabila mereka terbunuh dan beberapa yang lain tercedera.

Dr Anwar berharap masyarakat antarabangsa bertindak menghentikan keganasan Israel di Gaza dan mengheret negara Yahudi itu ke mahkamah antarabangsa kerana kebanyakan yang terbunuh pada hakikatnya adalah orang awam dan kanak-kanak.
“(Kali ini) keganasan Israel terhadap rakyat Palestin adalah antara yang terburuk sejak 2008 dan 2009.

“Israel tidak menghormati aktiviti agama rakyat Palestin kerana sekalipun dalam Ramadan, mereka tetap melakukan serangan dan pembunuhan terhadap rakyat di Gaza,” katanya ketika ditemui di rumah terbuka Hari Raya Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan di sini hari ini.
Mengenai sokongan Kerajaan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin, duta itu berkata Malaysia sentiasa berdiri teguh bersama rakyat Palestin kerana ia percaya rakyat itu mempunyai hak untuk menegakkan negara mereka, Palestin. - BERNAMA sumber

No comments: