Saturday, July 19, 2014

25 Orang Pengawal Khas Karzai Terbunuh

Seramai 25 orang pengawal khas Presiden rejim boneka Afghan Hamid Karzai telah terbunuh dalam serangan Mujahidin Imarah Islam Afghanistan (IIA) atau Taliban di wilayah Paktia, lapor Al-Emarah News pada Khamis (17/7/2014).

 Laporan memaparkan bahawa konvoi tersebut sedang dalam perjalanan menuju wilayah Paktika. Mujahidin menyerbu mereka di beberapa titik di daerah Zurmat, provinsi Paktia. Mujahidin menembak kenderaan pasukan rejim itu yang menyebabkan terbunuhnya 25 pengawal khas dan beberapa lainnya cedera.

Saksi mata mengatakan bahawa para pengawal yang terbunuh dan cedera itu telah dievakuasi oleh ambulans dan helikopter. -sumber

No comments: