Thursday, July 3, 2014

30,000 Askar AS Sedia Perangi ISIS


pentagonKementerian Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) menyatakan kesediaan tentera AS untuk melancarkan operasi militer terhadap milisi “Daash” (ISIS) di wilayah Timur Tengah.
Dalam wawancara dengan stesenn berita CNN, setiausaha penerangan Kementerian Pertahanan AS, Laksamana John Kirby, mengatakan “Kami memiliki lebih dari 30 ribu askar di Timur Tengah, dan kami sepenuhnya siap jika presiden memutuskan untuk bergerak melalui serangan udara atau langkah lain terhadap ISIS.”
Selain itu Pentagon juga menyatakan Amerika Syarikat akan meningkatkan kehadiran militernya di Iraq, dengan mengirim sekitar 300 askar tambahan di sana di samping pelbagai helikopter dan pesawat militer.
Laksamana John Kirby menjelaskan bahawa tambahan Drone diberikan untuk perlindungan keamanan bagi 180 penasihat militer AS yang kini berada di Ibukota Iraq, Baghdad.
Kirby menambahkan “Jelas bahawa Daash mengancam keamanan wilayah tersebut dan keamanan nasional AS, akan tetapi tujuan pengiriman saat ini adalah untuk mendapatkan beberapa perkiraan dan informasi lebih lanjut untuk menjelaskan kepada kami apa yang terjadi di sana.”
Seorang sumber AS yang bertanggung jawab penerbangan pesawat tanpa pemandu di Iraq menyatakan “Sementara ini pesawat akan digunakan untuk tujuan pengintaian.” (Alarabiya/Ram
) sumber

No comments: