Thursday, July 3, 2014

AFGHANISTAN - 8 Pegawai Tentera Maut, Bom Berani Mati

8 pegawai tentera  maut serangan TalibanAnggota Tentera Kebangsaan Afghanistan mengalihkan bas tentera yang rosak dalam serangan bunuh diri di Kabul, semalam.
Kabul: Pengebom bunuh diri Taliban membunuh lapan pegawai tentera semalam di ibu negara Afghanistan dalam serangan ke atas bas milik tentera udara, kata pegawai, serangan terbaharu terhadap pasukan keselamatan ketika pengunduran tentera Amerika Syarikat.

Kabul umumnya aman sejak pilihan raya presiden 14 Jun lalu, walaupun ada tunjuk perasaan jalanan apabila tokoh politik terbabit dalam perbalahan berhubung penipuan undi. Lapan pegawai tentera maut dan 13 lagi cedera dalam serangan bunuh diri pagi ini ke atas bas tentera udara Tentera Kebangsaan Afghanistan (ANA) di barat Kabul. Mangsa yang cedera sudah dibawa ke hospital, kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Jeneral Zahir Azimi. 

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Sediq Sediqqi, berkata lima penduduk awam turut cedera dalam serangan yang menyasarkan bas berkenaan ketika ia membawa kakitangan tentera ke tempat kerja. sumber

No comments: