Monday, July 21, 2014

Akhirnya Al-Qassam Berjaya Culik Askar Israel


shaulSeorang jurucakap sayap bersenjata Hamas mengatakan pada hari Ahad menyatakan bahawa mereka telah menangkap seorang askar Israel dalam pertempuran di Jalur Gaza, menurut laporan Reuters.

Berbicara di sebuah stesen televisyen Hamas, jurucakap al Qassam yang bertopeng, dengan julukan nama Abu Ubaida, mengatakan “Kami telah menangkap seorang askar Zionis.”

“Perajurit Israel yang bernama Shaul Aaron telah berada di tangan Al Qassam,” tambahnya.

Seorang jurucakap militer Israel mengatakan mereka  sedang menyelidik dakwaan penculikan oleh Al Qassam tersebut.

Koresponden AFP mengatakan ada perayaan di jalanan kota-kota Tebing Barat Ramallah dan Hebron menyusul pengumuman milisi Ezzedine al-Qassam ‘, dan warga  Palestin menembak senjata ke udara tanda bergembira dengan kejayaan Hamas.

Info terakhir mengenai korban hari 13 dalam pertempuran  antara Israel dan Hamas,  telah 430 warga Palestin gugur dan 18 warga Israel maut.

Al Qassam mengatakan askar Israel itu diculik 24 jam sebelumnya saat penyergapan terhadap pasukan Israel di daerah Tuffah di tepi timur Kota Gaza.

Ada pertempuran sengit di tepi timur Gaza, Israel mengatakan pada Ahad bahawa 13 askarnya telah terbunuh dalam pertempuran semalam.

Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri memuji berita dalam sebuah pernyataan, “Pengumuman oleh Al Qassam dari penangkapan seorang tentera Zionis adalah kemenangan besar sebagai  balas dendam atas darah para syuhada,” katanya.

Lebih daripada 60 warga Palestin gugur di daerah Shejaiya Sabtu malam dan hingga Ahad pagi akibat  tembakan tank Israel. (Arby/Dz) sumber

No comments: