Sunday, July 20, 2014

Al-Qassam Perangkap dan Bunuh 14 Askar Zionis

Operasi-operasi berualiti Brigade Asy-Syahid Izzuddin Al-Qasam dalam menghadang serangan pasukan penjajah “Israel” di pintu-pintu gerbang Gaza berterusan. Memasuki hari keempat belas dalam rangkaian operasi “peperangan daun-daun yang dimakan ulat”, Ahad (20/7/2014) dini hari, Brigade Al-Qassam dipercayai berjaya mengorbankan 14 orang askar Israel dalam operasi penyergapan di sebelah timur desa Tuffah, laporan laman rasmi Brigade Al-Qassam.

Dalam kenyatan militernya, Brigade Al-Qassam menjelaskan bahawa dengan pertolongan dan bimbingan Allah, pada Ahad dini hari  pukul 00.45 waktu tempatan, Brigade Al-Qassam berjaya memancing pasukan “Israel” dengan kendaeaan tempurnya yang bergerak maju di sebelah timur desa Tuffah, sekitar 500 meter dari Hospital Al-Wafa’ ke zona perangkap yang telah disiapkan oleh Brigade Al-Qassam.

Brigade Al-Qassam membiarkan pasukan “Israel” tersebut bergerak laju dan memasuki ladang jerangkap samar yang terdiri dari beberapa ranjau barel. Setelah dua kenderaan militer pengangkut pasukan Israel memasuki ladang tersebut, “Para mujahidin kami meledakkannya sehingga menghancurkan terus  kenderaan militer tersebut”, bunyi pernyataan rasmi Brigade Al-Qassam. Mujahidin Brigade Al-Qassam kemudian bergerak maju menuju kenderaan pengangkut pasukan “Israel”, membuka pintu-pintunya dan menembak mati semua tentara “Israel” di dalamnya, yang berjumlah 14 orang.

Mengaku bertanggung jawab atas operasi yang menjatuhkan reputasi pasukan “Israel” tersebut, Brigade Al-Qassam menegaskan aksi heroik tersebut baru merupakan sebahagian kecil dari apa yang akan dialami oleh pasukan “Israel” jika berani maju lebih jauh. “Sebab ribuan para pejuang kami telah menunggu dan bersiap untuk menyeret kenderaan-kenderaan tempur mereka dan menjadikan askar-askarnya sebagai mangsa maut, cedera atau tawanan dengan izin Allah.

Penjajah telah memiliki pengalaman itu dalam peperangan dengan kami. Jika penjajah tidak mahu menghentikan kebodohannya, nescaya kami akan melenyapkan kesombongannya dan kami benar-benar akan menjadikan tentera-tenteranya sebagai harapan kuat kami untuk membebaskan [rakyat kami yang menjadi] tawanan dengan izin Allah,” kata Brigade Al-Qassam dalam pernyataan rasminya. -sumber

No comments: