Monday, July 21, 2014

Al-Qassam Tembak 3 Askar Zionis di Kepala, 2 Lagi di Badan

Dalam pernyataan rasminya Brigade Al-Qassam menyatakan satu skuad pasukan khas Brigade Al-Qassam pada Sabtu malam melalui terowong melakukan serangan penyusupan di garis belakang pertahanan musuh di kawasan Ar-Rayyan, wilayah Shofa tengah, sebelah tenggara kota Khan Yunis, Gaza selatan.

Mujahidin Al-Qassam melakukan serangan mendadak dari jarak hanya 1.5 meter dari pasukan “Israel”, di mana salah seorang mujahidin menegaskan skuad tersebut berhasil membunuh 5 askar “Israel”, dengan tiga askar ditembak di bahagian kepala dan dua askar lainnya ditembak di bahagian tubuh lainnya. Skuad mujahidin berhasil kembali dengan selamat. -sumber

No comments: