Sunday, July 20, 2014

As-Sisi Hampa Rancangannya Gagal

Rejim Kudeta Mesir khabarnya cuba menjadi hero dalam konflik antara Gaza dengan Israel ketika ini. Mesir mencadangkan satu pelan damai kepada Gaza dan Tel Aviv yang jelas berat sebelah. Abdul Fatah As-Sisi setahun yang lalu mengemukakan "pelan tindakan masa depan Mesir" yang menyaksikan penyingkiran Presiden Morsi. Akhirnya rakyat yang mengikut telunjuknya mula rasa tertipu. Ia bukan "pelan masa depan Mesir" tetapi hakikatnya "pelan menghapuskan Islam dan revolusi 25 Januari".

Maka As-Sisi cuba menipu lagi apabila menawarkan "pelan damai" antara HAMAS dan Yahudi. Antara tawaran Mesir melalui pelan damai ini:

1) Pintu sempadan Rafah akan dibuka
2) Memudahkan urusan pergerakan keluar masuk pintu sempadan.
3) Mesir akan menjadi tuan rumah siri-siri rundingan.

Bagaimana pelan ini akan membawa keuntungan kepada HAMAS atau sekurang-kurangnya adil kepada kedua-dua pihak apabila SYARAT UTAMA yang diletakkan ialah HAMAS mesti menghentikan serangan terlebih dahulu, barulah Gaza akan menikmati beberapa kemudahan yang ditawarkan seperti di atas.

Siapa yang akan memberi jaminan Mesir akan mengotakan janjinya jika HAMAS menghentikan serangan? Mampukah Mesir mengarahkan Zionis Israel untuk menghentikan serangan? Mesir tidak akan mampu mengarahkan 'bos'nya itu kerana kudeta adalah hamba abdi kepada Zionis.

Maka keputusan HAMAS menolak pelan damai ini amat tepat pada masanya. Ia tamparan hebat buat kudeta yang cuba menjadi jaguh isu ini sedangkan mereka yang menutup pintu sempadan Rafah, memusnahkan terowong-terowong dan mengisytiharkan HAMAS sebagai pertubuhan pengganas.

Tangan Abdul Fatah As-Sisi yang dihulurkan kepada Gaza itu dipenuhi dengan darah-darah rakyatnya yang dibunuh sejak setahun lalu yang tidak wajar disambut.

Namun,kita sedia makulm bahawa media-media negara Mesir yang menjadi suara rasmi kepada Rejim Kudeta akan terus menyalak menyalahkan HAMAS kerana menolak pelan damai Mesir ini. HAMAS akan terus dilabel kumpulan pengganas kerana menolak perdamaian, meneruskan jihad bersenjata dan imej HAMAS akan terus dicalarkan.

17 Julai 2014

kredit : akhukum abdul malik / Malaysians 4 Egypt - M4E

No comments: