Thursday, July 3, 2014

CHINA Larang Muslim XINJIANG Berpuasa

Beijing: China mengundang kritikan hebat apabila mengharamkan kakitangan awam, penuntut dan guru beragama Islam di wilayah Xinjiang daripada menunaikan kewajipan berpuasa. 

Parti Komunis yang memerintah China secara rasmi adalah golongan ateis, dan selama bertahuntahun melarang ibadat berpuasa di Xinjiang, wilayah ramai penduduk minoriti Uighur yang beragama Islam. 

Wilayah Xinjiang kerap menyaksikan pertempuran berdarah antara etnik Uighur dan pasukan keselamatan, dan Beijing menyalahkan serangan maut di China ke atas militan yang menuntut kemerdekaan bagi wilayah itu. 

Beberapa jabatan kerajaan menyiarkan notis dalam laman web masingmasing beberapa hari lalu mengharamkan kakitangan beragama Islam berpuasa ketika Ramadan, yang bermula hujung minggu lalu.  sumber

No comments: