Saturday, July 19, 2014

Gaza - 10 Korban Terbaru Bedilan Israel

GAZA CITY: Serangan udara tentera Israel awal pagi ini mengorbankan 10 nyawa, iaitu memasuki hari ke-12 serangan terhadap Gaza.

Serangan pertama hari ini mengorbankan tujuh orang di luar sebuah masjid di Khan Yunis, di selatan Gaza, demikian menurut jurucakap pasukan kecemasan, Ashraf al-Qudra.
Beliau berkata, tiga daripada mangsa berkenaan adalah dalam satu keluarga dan seorang wanita antara yang terkorban.

Tiga lagi yang terbunuh dalam tiga serangan berasingan di Beit Hanun di utara, Deir al-Balah di tengah Gaza dan satu lagi di Khan Yunis.

Ini menjadikan angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 306, dengan kebanyakan mereka terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Di pihak Israel, hanya seorang orang awam dan seorang askarnya maut sejak kempen serangan bermula 8 Julai lalu. - AFP sumber

No comments: