Saturday, July 19, 2014

Gaza Akan Jadi Kuburan Tentera Israel


sami abu zuhriJurucakap Hamas Sami Abu Zuhri memperingatkan Israel  pada hari Jumaat bahawa Gaza akan menjadi kuburan bagi tentara Israel , sehari setelah Israel melancarkan serangan darat ke Jalur Gaza.

“Kami memperingatkan Israel terhadap perang darat,” katanya kepada pejabat  berita Lebanon Al-Mayadeen TV. “Ini semacam operasi yang akan memungkinkan kita untuk membebaskan orang  kami [di penjara Israel), kami akan menangkap tentera Israel dan lakukan  pertukaran tawanan berikutnya. Atau Gaza akan menjadi kuburan bagi tentera penjajah , dan ini bukan  slogan. Waktu akan mengungkapkan untuk si pengecut Netanyahu. Dia akan membayar harga yang mahal. "

Ditanyakan mengapa Hamas tidak mahu menghentikan serangan roket sehingga  mendorong kabinet Israel untuk memilih operasi darat, Abu Zuhri menjawab, "Itu semacam keputusan yang akan kami lakukan  selama masih dalam penjajahan . Dengan pengorbanan darah ini [yang disebabkan oleh pertempuran dengan Israel], kami akan membawa kehidupan yang normal di  Jalur Gaza. ” (JL/KH) sumber

No comments: