Friday, July 11, 2014

HAMAS Sedia Menanti Serangan Darat Israel


hamasAnggota Biro Politik Hamas, Dr Ezzat Rasyaq, menyatakan faksi pejuang Palestin siap untuk menhadapi agresi darat yang dikatakan pemerintah Israel, dan menyebut PM Netanyahu bingung dengan agenda perang Israel di Jalur Gaza.

Dalam wawancara dengan stesenn televisyen Al-Jazeera Live Mesir, Dr Ezzat Rasyaq, mengatakan “Kami menunggu datangnya perang darat, kerana dengan itu kami dapat menawan ramai askar Israel. Seorang anak Gaza adalah pejuang yang mampu melawan tentera Israel.”

Dr Ezzat menambahkan “Jika Israel mahir dalam perang darat dan laut, maka kami lebih mahir dalam perang darat saling berhadapan antara para perajurit.”

Anggota biro politik Hamas ini menekankan bahawa Briged al Qassam memiliki banyak sekali kejutan yang dipersiapkan terhadap tentara Israel, dan tidak akan menggunakannya sekaligus.

“Mereka yang memulai perang akan tetapi tidak memiliki tujuan akhir,” ujar Dr Ezzat.

Menurutnya Hamas tidak akan menghentikan perang kali ini, kecuali dengan syarat  berakhirnyasekatan di Jalur Gaza, berhentinya pengeboman, dan berhentinya pembangunan pemukiman haram Israel di seluruh wilayah Palestin. (Rassd/Ram) sumber

No comments: