Thursday, July 24, 2014

Haniyeh : Gaza Akan Bebas Melalui Perjuangan

Ismail Haniyeh: Gaza akan menghentikan blokade "Israel" dengan darah, ketabahan, dan perlawanan

Wakil Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyah mengumumkan kepada dunia pada Isnin (21/7/2014) bahwa: “Gaza telah memutuskan untuk mengakhiri pengepungan “Israel” terhadap Gaza dengan darah, ketabahan dan perlawanan,” “Israel” telah mengenakan sekatan ketat terhadap Gaza selama sekitar lapan tahun, namun masyarakat antarabangsadan sebahagian besar negara-negara Arab belum melakukan apa-apa untuk menentang sekatan haram ini.

Bercakap di televisyen Al-Aqsa, Haniyah menegaskan bahawa warga Palestin di Gaza telah memutuskan untuk tidak berunudr dari posisi mereka dan menegaskan kembali tuntutan para pejuang Palestin: “Menghentikan agresi “Israel”, menghentikan pengepungan dengan semua konsekuensinya, melepaskan semua tahanan yang telah dibebaskan dalam pertukaran tahanan tahun 2011, dan menjamin bahawa agresi “Israel” tidak terulang lagi.“

Haniyah mengatakan bahwa: “Ini konsisten dan merupakan tuntutan kemanusiaan, sesuai dengan undang-undang antarabangsa dan perjanjian sebelumnya.” Dia menyerukan semua negara bebas untuk mendukung tuntutan rakyat di Jalur Gaza sampai akhir pertumpahan darah di Gaza.

Mengkritis pembantaian “Israel” di Gaza, Haniyah berkata: “Pembantaian “Israel” terhadap rakyat awam di Gaza adalah bukti dari ketidakmampuan “Israel” untuk menghadapi para pejuang Palestin.” Mengenai Kelompok Pejuang Palestina, Haniyah berkata: “Kelompok Pejuang Palestin dan Persatuan Nasional akan mencapai tuntutan rakyat Palestin.” Dia menambahkan bahawa dukungan rakyat terhadap kelompok pejuang Palestin memberikan kekuatan yang lebih untuk tetap pada tuntutannya, “yang merupakan tuntutan rakyat“. -sumber

No comments: