Tuesday, July 1, 2014

IRAN Ugut Habiskan ISIL Lebih Teruk drpd Saddam Hussein


isis 1Menteri Pertahanan Iran, Jeneral Hussein Dehghan, meminta masyarakat intarabangsa untuk memasukkan milisi Sunni dan Negara Islam (ISIS) sebagai penjenayah perang atas jenayah yang dilakukan di Iraq dan Syria.

Selain itu dalam pertemuan Organisasi industri pertahanan Iran hari Isnin (30/06) lalu, Jeneral Hussein Dehghan mengatakan “Tidak ada keraguan lagi bahawa akhir dari organisasi ini akan lebih buruk dari kematian mantan presiden Saddam Hussein.”

Dia menambahkan “tindakan pembunuhan, penjarahan, penyerangan, perosakan dan eksekusi massal dan menyebabkan penghijarahan ribuan warga awam di Irak dan Syria adalah jenayah perang luar biasa.”
Di akhir ucapannya Deghan juga mengkritik sikap dunia antarabangsa yang diam atas berkembangnya milisi bersenjata ini di Timur Tengah. (Rassd/Ram) sumber

No comments: