Wednesday, July 23, 2014

IRAQ - 23 Maut, 40 cedera, Bom Kereta

BAGHDAD: Satu letupan bom kereta memusnahkan pusat pemeriksaan polis di Baghdad semalam, mengorbankan 23 orang dan mencederakan lebih 40 orang.

Pengebom bunuh diri meletupkan kenderaan yang sarat dengan bahan letupan itu di pintu masuk barat daya Kadhimiyah, kata polis.

Sekurang-kurangnya lima yang terbunuh itu adalah anggota polis dan lapan cedera.

Tiga orang lagi terbunuh apabila satu lagi kejadian letupan bom kereta berlaku di kawasan pasar berhampiran bandar Nahrawan, kira-kira 20 kilometer di tenggara Baghdad. - AFP sumber

No comments: