Tuesday, July 22, 2014

IRAQ: Ketua ISIL dilatih oleh Israel

BAGHDAD 21 Julai - Bekas agen NSA dan CIA, Edward Snowden mendedahkan ketua Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL), Abu Bakr Al Baghdadi pernah menerima latihan di Israel, lapor laman web The Morocco Times.
Snowden berkata, CIA dan perisik Britain bekerjasama dengan agensi perisikan Israel, Mossad bagi mewujudkan pertubuhan penganas yang dapat menarik perhatian semua pengganas dunia di satu tempat, dengan menggunakan strategi 'sarang tebuan'.
Strategi 'sarang tebuan' bertujuan untuk membawa ancaman utama ke satu-satu tempat dan kebanyakkannya untuk mengugat kestabilan negara-negara Arab.
Abu Bakr menjalani latihan ketenteraan intensif, selain mempelajari cara berkomunikasi di Mossad bagi menarik perhatian pengganas daripada setiap pelusuk dunia. - AGENSI

No comments: