Monday, July 14, 2014

IRAQ - Militan Sunnah Tawan Dhuluiyah

Militan Sunnah tawan Dhuluiyah Penduduk Iraq mengusung keranda seorang penduduk tempatan yang terbunuh dalam pertempuran di Samarra, untuk dikebumikan di Karbala, selatan Baghdad kelmarin.
 
Baghdad; Militan Sunnah menawan sebahagian pekan Dhuluiyah, Iraq dalam pertempuran yang mengorbankan enam orang, menurut seorang pegawai rasmi, ketika usaha terbaharu untuk menuju ke ibu negara itu memasuki hari ketiga. Empat anggota polis antara yang maut dalam pertempuran di pekan itu.

Bulan lalu, militan dalam satu serangan pantas menawannya, sebelum tentera kerajaan menawannya semula, kata wakil rasmi daerah Marwan Mitaab.

Serangan tawan kawasan

Serangan terhadap pekan itu, 80 kilometer utara Baghdad bermula awal semalam dan sejak itu separuh daripadanya sudah ditawan termasuk sebuah balai polis dan dua bangunan kerajaan tempatan, kata Mitaab. Seorang penduduk Dhuluiyah berkata bahawa sebahagian besar pekan itu sudah ditawan.

Selepas tempoh garisan pertempuran nampak tidak berubah, militan diterajui kumpulan jihad melakukan serangan baharu untuk meraih lebih banyak kawasan, selepas menawan beberapa kawasan utara Iraq dalam serangan mereka yang bermula di bandar kedua Mosul pada 9 Jun lalu. sumber

No comments: