Wednesday, July 2, 2014

IRAQ - Penentang Mahu Musnahkan Kuil Syiah


samaraDaulah Islam  menembakkan mortar di salah satu kawasan paling suci menurut  Syi’ah. Daulah Islam  mengambil alih sebagian besar bahagian utara Iraq dan barat, mulai menyerang kuil Syiah Samarra, salah satu Kuil besar  Syi’ah. ISIS menembakkan tiga mortar di kuil, dan meledak  berhampiran gerbang kompleks dan mencederakan sembilan orang.

Kuil  Al-Askari  berisi makam dari dua Imam Syiah , membuat lokasi itu sebagai  ziarah utama dan salah satu tempat yang paling signifikan  bagi Syiah di seluruh dunia.

Daulah Islam  percaya kuil tersebut  bertentangan dengan Islam dan mesti dihancurkan dan merupakan amalan kesyirikan – ISIS menjalankan syariah Islam  di setiap daerah yang mereka kuasai di Syria dan Iraq.

Para pegawai Amerika telah mengatakan bahawa ISIS berniat  untuk menghancurkan kuil Syiah ini  , sebagai simbol pertempuran  di Samarra.

“Jelas, semua orang mengerti bahawa Samarra adalah batas penting,” kata Menteri Luar Negeri John Kerry pada sidang media baru-baru ini di Baghdad.

Pada saat yang sama, Iran,  ikut aktif berperanan dalam  milisi Iraq sejak Januari tahun ini untuk “melindungi tempat-tempat suci” di Iraq setelah mereka melakukan hal yang sama di Syria. (JL/KH) sumber

No comments: