Wednesday, July 2, 2014

IRAQ - Sidag Pertama Parlimen Kecoh

  Perarakan tentera militan Islam di wilayah Raqqa, kelmarin.
  
Foto Perarakan tentera militan Islam di wilayah Raqqa, kelmarin.

Gagal lantik speaker, ada bertindak keluar dewan, sesi berakhir kelam-kabut

Baghdad: Parlimen Iraq bersidang semalam untuk memilih sebuah kerajaan baharu tetapi ia berlangsung dalam keadaan kecoh, dengan beberapa ahli Parlimen mengeluarkan ancaman sesama sendiri manakala ada yang bertindak keluar dewan.

Meskipun pemimpin dunia dan golongan ulama menggesa supaya ahli politik yang berpecah supaya bersatu, mereka gagal memenuhi keperluan perlembagaan untuk melantik speaker dan sesi pertama Parlimen yang dipilih pada bulan April, berakhir dalam keadaan kelam kabut.

Kedudukan Perdana Menteri Nuri al-Maliki untuk mengekalkan penggal ketiganya terganggu dengan serangan militan Sunnah yang sekali gus mengancam perpecahan Iraq. Militan terbabit yang membunuh lebih 2,000 penduduk, menyebabkan beratus ribu penduduk hilang tempat tinggal dan memecahkan polarisasi penduduk Syiah, Sunnah dan Kurdish. sumber

No comments: