Monday, July 21, 2014

IS Wujudkan Briged Polis Wanita


FemaleISISmembersTidak lama setelah kelompok Daulah Islam  merebut kembali penguasaan di Raqqa awal tahun ini, mereka membentuk Brigade al-Khansaa, unit polis wanita  yang beroperasi di kota. Tujuannya adalah untuk membimbing para wanita awam di kota Raqqa untuk mengikuti peraturan syariah , termasuk mendisiplinkan pakaian wanita yang seharusnya  tertutup di depan umum dan bila bermusafir mestilah dengan muhrimnya yang lelaki.

“Kami telah menetapkan brigade ini untuk meningkatkan kesedaran agama  dalam kalangan wanita, dan untuk menghukum para wanita yang tidak mematuhi hukum Syariah ,” kata Abu Ahmad, seorang pegawai Daulah Islam di Kota Raqqa. “Hanya khusus untuk wnaita dalam brigade ini, dan kami telah memberi mereka fasiliti khusus untuk mereka sendiri yang mencegah percampuran lelaki dan wanita.”

Dia mengatakan organisasi polisi wanita ini , akan mempunyai peranan penting apalagi  setelah mengambil penguasaan kota Iraq Mosul dan wilayah wilayah  penting di perbatasan Iraq-Syria sejak bulan lalu, maka  brigade wanita ini sangat diperlukan untuk “meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita, dan menangkap serta menghukum wanita yang tidak mengikuti agama dengan benar. Jihad bukanlah tugas para lelaki saja . Wanita juga mesti melakukan kerja sesuai dengan bahagiannya. “(JL/KH) sumber

No comments: