Thursday, July 17, 2014

Israel Arah 100,000 Penduduk Gaza Tinggalkan Rumah

Israel tingkat keganasan Asap kelihatan di Gaza selepas dibom pesawat tentera Israel semalam. Gambar kecil atas; Penduduk Palestin tidur di halaman sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Beit Lahiya semalam selepas meninggalkan kediaman mereka berikutan amaran tentera Israel. Gambar kecil bawah; Seorang kanak-kanak Palestin yang cedera menangis ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza semalam.
 
Beri amaran kepada 100,000 penduduk Gaza tinggalkan kediaman, sasar lebih banyak serangan

BANDARAYA GAZA: Israel meningkatkan keganasannya di Gaza semalam dengan melancarkan lebih banyak serangan udara selepas cadangan gencatan senjata yang dikemukakan Mesir, gagal.
Rejim Zionis juga menggugurkan risalah memberi amaran kepada 100,000 penduduk Gaza supaya meninggalkan rumah mereka berikutan rancangannya untuk melancarkan serangan udara besar-besaran di wilayah itu.

Angka kematian meningkat kepada 209 orang pada hari kesembilan serangan, manakala 1,450 lagi cedera. sumber

No comments: