Sunday, July 13, 2014

Israel Gesa Penduduk Utara Gaza Tinggalkan Rumah

BAITULMAQDIS: Tentera Israel memberi amaran kepada penduduk Palestin di utara Semenanjung Gaza supaya "meninggalkan rumah demi keselamatan", menurut pihak tentera dalam satu kenyataan malam tadi.

“Malam ini kami akan menghantar mesej kepada penduduk di utara Gaza menggesa mereka meninggalkan rumah demi keselamatan mereka," menurut kenyataan itu.

Amaran itu bukan kali pertama Israel menggesa rakyat Palestin meninggalkan rumah mereka tetapi kali ini ia dibuat ketika negara Yahudi itu meningkatkan serangan udara ke atas Gaza. - AFP   sumber

No comments: