Friday, July 11, 2014

Israel Gila Makin Mengganas

Sekurang-kurangnya 85 orang, termasuk kanak-kanak terkorban dalam serangan udara Israel selama dua hari di Semenanjung Gaza, ketika tentera rejim Zionis itu digerakkan ke sempadan bagi kemungkinan melancarkan operasi darat.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, 550 orang cedera sejak Israel memulakan kempen ketenteraannya di Gaza minggu ini, mensasarkan pejuang Palestin yang melancarkan roket ke wilayahnya. Pihak berkuasa Israel berkata, lebih 200 roket dibedil ke Israel dari Gaza sejak Isnin lalu, dengan sebahagiannya sampai ke Tel Aviv.

Sekurang-kurangnya 550 kawasan digempur jet Israel, termasuk di Bandaraya Gaza, Beit Hanoun dan Khan Younis.

Serangan udara rejim Zionis mengorbankan tujuh penduduk Palestin semalam, termasuk lima kanak-kanak, angka kematian tertinggi dalam serangan tunggal sejak kempen ketenteraan tiga hari lalu, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Penempatan padat

Penduduk dan pegawai perubatan berkata, serangan udara Israel mengebom sekurang-kurangnya dua rumah di kawasan penempatan padat berhampiran Khan Younis ketika penduduk tidur, lapor agensi berita Reuters. sumber

No comments: