Monday, July 21, 2014

Israel Nafi Askarnya Diculik HAMAS

New York  - Duta Besar Israel untuk PBB, pada Ahad (20/7/2014), menafikan bahawa seorang perajurit Israel telah diculik ejuang Hamas.

"Tidak ada askar Israel yang diculik dan rumor itu tidak benar," kata Duta Besar Ron Prosor ketika ditanya tentang penculikan itu.

Sayap bersenjata kelompok Hamas Palestin mendakwa pada hari Ahad bahawa mereka telah menculik seorang askar Israel. Dakwaan itu mendorong perayaan di jalan-jalan Kota Gaza. "Perajurit Israel, Shaul Aaron, berada di tangan Qassam," kata seorang jurucakap yang menggunakan nama samaran Abu Obeida dalam ucaannya di televisyen. sumber

No comments: