Monday, July 21, 2014

Israel Tertekan, Barulah Majlis Keselamatan PBB Bersidang

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar mengenai situasi di Gaza, di mana jumlah kematian rakyat Palestin melebihi 100 orang dalam sehari.

Diplomat berkata mesyuarat itu, yang dibuka kepada orang awam, diminta oleh negara anggota, Jordan berikutan gesaan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
Ketika pemimpin serantau mengadakan perjumpaan di Doha untuk perbincangan segera mengenai gencatan senjata, Abbas berkata “Apa yang pasukan tentera Israel lakukan di Shejaiya adalah perbuatan jenayah terhadap manusia,” yang merujuk kepada serangan sejam Israel berhampiran bandaraya Gaza yang meragut 62 nyawa Palestin dan mencederakan 250 orang.

“Mereka yang melakukannya tidak akan terlepas tanpa hukuman,” tambah Abbas.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon kini berada di Doha sebagai sebahagian daripada lawatannya ke Asia Barat bagi mendesak usaha gencatan senjata.

Beliau mengutuk ‘tindakan ganas’ di Shejaiya dan menggesa Israel supaya “seberapa yang boleh menahan daripada mengambil tindakan.”

Ban berkata: “Terlalu banyak orang awam maut...(dan) hidup dalam ketakutan berterusan.” - AFP sumber

No comments: