Monday, July 21, 2014

Keuntungan Merudum, CEO Tesco Letak Jawatan

LONDON: Tesco Plc, peruncit terbesar Britain mengumumkan Ketua Eksekutif (CEO) Philip Clarke akan meletak jawatan dan tempatnya digantikan eksekutif dari Unilever, Dave Lewis selepas syarikat itu mengeluarkan amaran keuntungan.

Mengikut Tesco, Clarke akan terus berkhidmat sebagai CEO hingga 1 Oktober sebelum meletak jawatan.
Tesco berkata, keadaan perniagaan semasa sangat mencabar sekali gus mengunjurkan keuntungan separuh pertama tahun ini akan lebih rendah daripada jangkaan.

Pengerusi Tesco, Richard Broadbent, berkata Clarke setuju melepaskan teraju kepimpinan kepada pemimpin baru dengan perspektif lebih segar.

Lewis kini adalah presiden bahagian produk penjagaan diri di Unilever.

Perniagaan Tesco di Britain merangkumi dua pertiga daripada jualan dan keuntungan kumpulan itu di peringkat global.-Reuters sumber

No comments: