Tuesday, July 22, 2014

Lagi Jenayah MESIR, Halang Perubatan dari MALAYSIA dan EROPAH ke Gaza


rafah
Organisasi Arab untuk hak asasi manusia di Britain mengkritik koordinasi yang dilakukan oleh pihak Mesir dengan pihak berkuasa pendudukan Israel dalam agresi Militer di Jalur Gaza., yang telah membunuh ratusan jiwa rakyat Palestin di Gaza, pihaknya menuduh pemerintah Mesir telah melakukan jenayah perang kerana masih menutup gerbang Rafah yang merupakan satu-satunya jalan masuk membawa ubat-ubatan, makanan dan bantuan lainnya.

Organisasi menjelaskan bahawa mereka mendapat informasi yang menegaskann bahawa sejak tanggal sepuluh Julai 2014 pemerintah Mesir tidak mengizinkan kecuali sedikit saja bantuan warga asing dan Mesir yang dapat melalui gerbang Rafah, dan jumlah mangsa cedera yang diperbolehkan keluar untuk mendapatkan rawatan hanya terhad 40 orang sahaja.

Organisasi ini juga menunjukkan bahawa pihak berkuasa Mesir terus mencegah masuknya makanan dan pelbagai bantuan medik serta rombongan yang membawa bantuan bermacam-macam. Di mana yang terakhir adalah Mesir mencegah masuknya delegasi medik dari Malaysia dan Eropah. (hr/im)

No comments: