Wednesday, July 23, 2014

LEBANON: Hezbollah sokong Hamas

BEIRUT 22 Julai - Ketua pergerakan Hezbollah, Hassan Nasrallah menyokong perjuangan penduduk Palestin di Gaza dan yakin Israel bakal mengalami satu lagi kekalahan.
"Hezbollah serta penduduk Lebanon sentiasa berdiri teguh menyokong perjuangan intifada penduduk Palestin dan menyokong segala usaha yang dilakukan oleh pergerakan Hamas," kata Hassan kepada pemimpin Hamas, Khaled Meshaal dalam satu panggilan telefon.
Hassan turut menyatakan keyakinannya terhadap keupayaan Hamas untuk mempertahankan diri dan mencapai kejayaan berdasarkan pengalaman kegagalan Israel menghancurkan Hezbollah dalam serangan ke atas Lebonan pada Julai 2006.
Sebelum ini, Hamas menuntut Israel menghentikan segera serangan ke atas Gaza dan menggesa penduduk Palestin yang ditahan di penjara Israel dibebaskan sebelum rundingan gencatan senjata kelolaan Mesir diadakan. - AFP

No comments: