Monday, July 21, 2014

LIBYA - 47 Maut dalam Pertempuran, 120 Cedera

Kementerian Kesihatan Libya berkata pertempuran antara kumpulan militan berbeza untuk menguasai lapangan terbang di ibu negara Tripoli mengorbankan 47 orang dalam tempoh 24 jam lalu.

Kementerian itu dalam laman webnya lewat semalam berkata, pertempuran yang tercetus juga menyebabkan sekurang-kurangnya 120 orang cedera.

Pertempuran sejak seminggu lalu di lapangan terbang itu membabitkan militan dari Zintan di selatan negara itu yang sedang menguasai lapangan terbang dengan militan Islam termasuk pejuang dari Misrata, di timur Tripoli.

Pertempuran tercetus semula lewat semalam berikutan pelan gencatan senjata gagal diadakan.


Pertempuran dua militan bermusuh itu turut memaksa penutupan stesen minyak dan pejabat kerajaan sejak beberapa minggu lalu. sumber

No comments: