Monday, July 14, 2014

MESIR - Bedilan Roket di Sinai, 8 Maut

KAHERAH: Sekurang-kurangnya tujuh orang awam dan seorang askar terbunuh lewat malam tadi apabila tiga roket membedil Semenanjung Sinai, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri Mesir, hari ini.

Satu roket jatuh di luar sebuah kedai di selatan El-Arish, ibu utara Sinai, meragut tujuh nyawa orang awam, termasuk kanak-kanak dan mencederakan 25 yang lain, kata kementerian itu.
Dua roket lagi mensasarkan pusat kawalan tentera, mengorbankan seorang tentera dan mencederakan tiga yang lain.

Serangan bom bersiri meningkat di tanah besar Mesir selepas pihak tentera menggulingkan Presiden Mohamed Morsi, tahun lalu. - AFP sumber

No comments: