Sunday, July 20, 2014

MESIR : Israel Jiran Kita, Tuhan Suruh Buat Baik


[ Kementerian wakaf Mesir : Israel adalah jiran kita, kita tidak boleh berjihad dan berperang keatasnya ]

Terdapat sebuah artikel didalam sebuah akhbar tempatan Mesir yang bertajuk :

" Kementerian wakaf Mesir : Israel adalah jiran kita, kita tidak boleh berjihad dan berperang keatasnya"

Didalam artikel tersebut, Kementerian wakaf Mesir telah meminta agar para imam dan pendakwah sejagat untuk melakukan hubungan baik dengan Negara Israel kerana Israel adalah antara negara yang berjiran dan sesungguhnya islam menyuruh agar kita menjaga hubungan dan melayan serta bermuamalah dengan baik terhadap Jiran kita.

1- Kenyataan ini dikeluarkan oleh kementerian wakaf Mesir di sebuah program latihan kepada para imam dan pendakwah baru yang dikelolai oleh Kementerian wakaf Mesir itu sendiri di bawah program baru yang diberi nama " Hubungan diantara negara- negara Jiran khasnya Israel"

2- Shekh Salamah Ibrahim adalah salah seorang peserta program latihan tersebut mengatakan bahawa didalam program ini, ianya dapat disimpulkan dengan :
" Islam adalah sebuah agama yang sejahtera dan selamat serta bertoleransi, maka dengan itu, walau apapun yang dilakukan oleh Israel maka kita perlu hormatinya kerana israel itu adalah jiran kita dan Rasul S.A.W amat menjaga hubungan dengan jiran.

3- manakala permasalahan pembebasan Al-Quds ianya adalah sesuatu perkara yang akan datang iaitu masa depan bukannya sekarang. yang sekarang ini, kita perlulah menghormati jiran kita dan mengajak orang ramai kearah itu.

4- Kerana ianya adalah satu seruan oleh agama islam dan tidak boleh sama sekali untuk melakukan Jihad atau peperangan terhadap yahudi (Israel).

* diatas adalah antara isi kandungan yang ada didalam artikel dari Surat khabar tempatan Mesir.

* hasbunallahu wanikmal wakil.

sumber : Malaysians 4 Egypt - M4E

17 Julai 2014

No comments: