Saturday, July 19, 2014

MH17 - AS Memang Mahu Kaitkan RUSIA

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Duta Amerika Syarikat (AS), Samantha Power memberitahu sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB hari ini bahawa AS tidak boleh mengetepikan bantuan Russia dalam melancarkan peluru berpandu permukaan darat ke udara ke atas pesawat MH17 di timur Ukraine, Khamis lalu.

Power berkata, AS percaya pesawat berkenaan ditembak jatuh oleh roket jenis SA-11 yang dilepaskan di satu kawasan di timur Ukraine yang dikuasai oleh kumpulan pemisah Ukraine yang pro-Russia.
Beliau berkata, Russia membekalkan SA-11 selama ini dan beberapa senjata berat kepada kumpulan pemisah berkenaan.

Duta Britain ke PBB, Mark Lyall Grant, pula mahu sidang tergempar itu agar memberi lebih tumpuan bagi menentukan pihak yang bertanggungjawab dalam nahas berkenaan.

“Ia adalah jelas siapa yang bertanggungjawab, dengan keganasan yang dilakukan oleh kumpulan pemisah bersenjata dan siapa yang membantu mereka, melengkapkan mereka dan yang menasihatkan mereka," katanya.

“Majlis ini perlu bersatu dalam mengutuk serangan seperti ini dan menuntut agar kumpulan ini meletakkan senjata, meninggalkan keganasan dan berunding menerusi kaedah demokrasi kepada mereka," katanya. - AP sumber

No comments: