Friday, July 18, 2014

MH17 Ikut Laluan yang Selamat

Nahas MH17: Pesawat terbang di laluan selamat mengikut ICAO  - PM PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media khas berhubung insiden pesawat MAS MH17 yang terhempas di Ukraine, di pusat media Hotel Sama-Sama Hotel, Sepang, awal pagi ini. Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (dua dari kiri) dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (dua dari kanan). - Foto NSTP
 
SEPANG: Pesawat MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terbang di ruang udara yang selamat mengikut Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pesawat berkenaan meninggalkan Amsterdam pada jam 12.15 tengah hari waktu tempatan itu dilaporkan tidak membuat sebarang panggilan kecemasan.
"Laluan MH17 itu disahkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan ia sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia," katanya pada sidang media di sini, pagi ini.sumber

No comments: