Thursday, July 24, 2014

MH17 - Kotak Hitam Masih Baik Walaupun Rosak

EINDHOVEN, Belanda: Penyiasat Belanda berkata alat perakam suara pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine rosak tetapi tidak dimanipulasi dan datanya masih baik.

Penyiasat Belanda menyerahkan dua kotak hitam berkenaan kepada sebuah makmal di selatan England hari ini.
Lembaga Keselamatan Belanda, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan alat perakam suara itu "rosak tetapi modul ingatannya masih baik" dan tiada tanda-tanda manipulasi ditemui.

Menurutnya, maklumat alat perakam itu akan mula dianalisis esok.

Pesawat berkenaan ditembak jatuh di timur Ukraine pada Khamis lalu, menyebabkan semua 298 penumpang dan anak kapal terkorban. - AP sumber

No comments: