Tuesday, July 22, 2014

MH17 - Pesawat Pejuang UKRAINE Hanya 3 Km dari MH17?

WASHINGTON: Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menafikan penegasan Russia bahawa pesawat pejuang Ukraine terbang hampir dengan pesawat Malaysia Airlines yang ditembak jatuh minggu lalu dengan menyatakan pesawat Ukraine di kawasan itu berada di darat semasa pesawat MH17 terhempas.

Menjawab kenyataan Kementerian Pertahan Russia sebelum ini bahawa pesawat Ukraine terbang antara 3 hingga 5 kilometer dari pesawat Malaysia ketika ia ditembak jatuh, Poroshenko memberitahu CNN: "Reaksi segera saya - ia tidak benar."
Katanya, Ukraine bersedia untuk sebarang siasatan berhubung pesawatnya dan Russia perlu mengemukakan bukti berhubung kenyataannya itu.

Poroshenko berkata, pada waktu insiden itu, ruang udara di timur Ukraine diawasi pelbagai sistem pengawasan. - Agensi sumber

No comments: