Friday, July 18, 2014

MH17 - Putin Cuba Salahkan UKRAINE

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin berkata Ukraine bertanggungjawab ke atas nahas pesawat penumpang Malaysia yang membawa 298 penumpang apabila dilaporkan terhempas di timur negara bekas Soviet itu.

“Tanpa ragu-ragu lagi negara yang terbabit dalam tragedi yang menyayat hati ini bertanggungjawab atas apa yang berlaku," kata Putin dipetik agensi berita, Ria Novosti.

“Tragedi ini tidak akan berlaku jika negara itu aman dan jika pihak tentera tidak mencetus keadaan huru-hara di sebelah timur Ukraine," katanya.

Pemimpin tertinggi Russia itu mengarahkan pegawai tentera agar memberi bantuan dan keperluan bagi menangani kejadian jenayah seperti itu. - AFP sumber

No comments: