Thursday, July 17, 2014

Niat Busuk MESIR (As-Sisi) Terhadap HAMAS Semakin Terserlah

Profesor Ilmu politik yang bepusat di Kaherah, Abdallah Al-Ashaal, memperingatkan bahawa tujuan di sebalik inisiatif Mesir untuk gencatan senjata, yang disambut oleh para menteri luar negeri Arab, adalah untuk mengakhiri perjuangan Palestin dan melucutkan sepenuhnya keupayaan pejuang sehingga pejuang Palestin akan menyerahkan senjata mereka dan keluar dari Jalur Gaza, sebagaimana disiarkan oleh MEMO, Rabu (16/7/2014).

Dalam wawancara dengan Al-Quds Press, Al-Ashaal mengatakan bahawa inisiatif Mesir itu diusulkan untuk memecah belahkan perjuangan Arab. “Israel” saat ini sedang mempersiapkan untuk perang darat terhadap Jalur Gaza dalam usaha untuk menumbangkan kelompok pejuang Palestin. Menteri luar negeri Arab ingin mencegah perang darat ini dengan menyetujui “Israel” untuk mengakhiri perang dan memecah kelompok perlawanan Palestin sehingga kelompok perlawanan Palestin akan menyerahkan senjata mereka, meninggalkan Jalur Gaza dan tersebar ke pelbagai tempat.

Jadi kita berhadapan dengan dua pilihan: Entah “Israel” yang akan meruntuhkan kelompok pejuang Palestina dengan tangannya sendiri atau akan menggunakan Arab untuk menjatuhkan kelompok pejuang Palestin atas namanya,” katanya.

“Ada keterlibatan Arab-Israel-Amerika dalam melawan kelompok pejuang Palestin. Setelah itu, AS akan menghilangkan istilah ‘Wilayah Pendudukan‘ dari kamus PBB dan akan menggantinya dengan istilah ‘wilayah yang dikembalikan‘,” kata Al-Ashaal. Normalisasi hubungan Arab dengan “Israel” akan diperluas,” tambahnya, dan menekankan bahawa Mesir adalah pusat dari normalisasi itu, dan bahawa inisiatif gencatan senjata ini pada intinya mencerminkan kepentingan umum yang dimiliki oleh “Israel” dan rejim Arab.

Tujuan Mesir-“Israel” saat ini adalah untuk menyingkirkan Hamas kerana merupakan kelompok pejuang menentang “Israel” dan mewakili Ikhwanul Muslimin untuk rejim Mesir , katanya. Al-Ashaal memperingatkan terhadap kesan yang mungkin timbul dari projek Arab-”Israel”-Amerika yang bertujuan untuk mencabut dan menjatuhkan kelompok pejuang Palestin. “inisiatif ini berbicara tentang kegiatan permukiman ,sedangkan pembahasan saat ini adalah tentang serangan militer “Israel”,” katanya. Al-Ashaal mencatat bahawa inisiatif Mesir pada akhirnya adalah bertujuan untuk memungkinkan ekspansi “Israel” di wilayah tersebut berkat kolaborasi antara “Israel” dan tentara Arab, dimana negara-negara Arab sekarang lebih mementingkan untuk melindungi rejim. -sumber

No comments: