Monday, July 14, 2014

PALESTIN - 10 Masjid Dibom

Menurut Kementerian Wakaf, sekurang-kurangnya 10 masjid telah dibom secara langsung selama lima hari terakhir, termasuk dua masjid di Khan Younis dan dua masjid di Gaza utara. Pada Jumaat (11/7), pesawat-pesawat tempur “Israel” mensasarkan kawasan sekitar masjid Dar al-Salam, yang menyebabkan satu orang meninggal dan lapan orang cedera saat mereka dalam perjalanan pulang ke rumah setelah melakukan solat terawih. Tiga warga Palestina lainnya, termasuk seorang lelaki tua, meninggal saat menuju ke masjid Rahman untuk melakukan solat Magrib.

Dalam hal ini, Wakil Menteri Wakaf Dr Hassan Sifi mengatakan bahawa masjid disasarkan oleh pesawat tempur “Israel” mengungkapkan dengan jelas kedengkian dan kebiadaban “Israel”. Semua orang dapat melihat sekarang hakikat yang jelas dari rasis terorisme “Israel” terhadap warga awam Gaza seperti yang ditampilkan dalam rombongan jet, kapal perang, dan artileri yang mengouncang Jalur Gaza, jelasnya.

“Kebencian “Israel” memuncak dalam pengboman kuburan, masjid dan tempat ibadah, terutama masjid al-Farouq di Nusairat dan masjid Anwar Aziz di wilayah utara“. Dr Hassan mengatakan bahawa pengeboman tempat ibadah adalah pelanggaran yang mencolok terhadap aturan Ilahi dan konvensyen antarabangsa. Dia meminta pendudukan “Israel” bertanggung jawab penuh atas jenayah yang berkelanjutan ini, dan menyerukan kepada masyarakat dunia untuk memberikan perlindungan bagi rakyat Palestin dan tempat-tempat ibadah. sumber

No comments: