Tuesday, July 15, 2014

PALESTIN - 186 Terkorban, Atasi Jumlah 177 pada 2012

BANDARAYA GAZA: Angka korban akibat serangan udara Israel selama seminggu terhadap Gaza meningkat kepada 186 orang, mengatasi jumlah yang terbunuh dalam konflik pada 2012.

Lewat malam tadi, lima rakyat Palestin terbunuh dalam dua serangan udara berasingan.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra, berkata serangan berkenaan membunuh tiga orang di Rafah, termasuk kanak-kanak kecil, dan dua lagi di Khan Yunis.

Pegawai PBB menyatakan lebih daripada suku mereka yang terbunuh di Gaza akibat serangan udara Israel sejak seminggu lalu adalah kanak-kanak.

Secara keseluruhannya, 16 orang terbunuh semalam manakala bilangan mereka yang cedera meningkat kepada 1,280 orang.

Angka korban itu mengatasi 177 yang terbunuh pada konflik lalu pada November 2012. - AFP sumber

No comments: