Monday, July 14, 2014

PALESTIN - 4 Askar Israel Cedera Ketika Menyusup ke Gaza

Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, mengatakan bahawa pejuang pada subuh Ahad (13/7/2014) berhasil menggagalkan usaha infiltrasi oleh pasukan angkatan laut “Israel” di pantai daerah Al-Sudaniya, utara Gaza, dan menimbulkan kerugian besar pada mereka, sebagaimana disiarkan oleh The Palestinian Information Center.

Dalam sebuah pernyataan, Briged Al-Qassam menyatakan bahawa unit khas pejuangnya menyerang para penyusup dari angkatan laut “Israel” yang cuba mendarat di pantai Sudaniya dan mencederakan beberapa dari mereka. Ketika usaha penyusupan itu gagal, pesawat tempur “Israel” yang disediakan untuk membantu pasukan angkatan laut lainnya di kapal militer menarik rakan-rakan mereka yang cedera dari pantai. Satu helikopter militer “Israel” bertindak kebingungan sepanjang operasi penyergaan tersebut dan secara membabi buta menyerang bangunan berhampiran, termasuk sebuah masjid, demikian menurut pernyataan Brigade Al-Qassam.

 Seorang juru bicara tentara pendudukan “Israel” mengakui bahawa empat tentaranya tercedera selama operasi penyergapan itu.

sumber

No comments: