Tuesday, July 8, 2014

PALESTIN - 9 Maut dalam Serangan Udara Israel


gaza membaraSekurang-kurangnya 9 orang terbunuh dan belasan lainnya cedera akibat serangan udara pesawat tempur Israel di wilayah Jalur Gaza hari Ahad(06/07) malam, 6 orang antaranya adalah anggota Brigade al Qassam, sayap militer milik gerakan pembebasan Palestin Hamas.

Saksi mata mengatakan bahawa sekelompok pejuang Nasser Saladin berhasil lolos pada Ahad malam dari serangan Israel, sebelum itu pesawat tanpa pemandu menembakkan roket ke tempat pelancaran roket milik faksi perjuangan Palestin.

Selain mensasarkan sejumlah tempat pelancaran roket, Drone Israel juga ikut mengebom Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza dan sejumlah tempat di wilayah Rafah di selatan Jalur Gaza.

Sedangkan pada iSnin (07/07) pagi sejumlah serangan dilancarkan pesawat militer Israel ke sejumlah sasaran di Jalur Gaza, tidak ada korban cedera dalam serangan tersebut.

Militer Israel beralasan bahawa serangan tersebut untuk membalas sekurang-kurangnya pelancaran 20 roket ke wilayah Israel pada hari Ahad lepas.

Di sisi lain pertempuran antara tentera Israel dan penduduk Palestin terus berlanjut di wilayah Tebing Barat kesan pembunuhan seorang anak Palestina berumur 16 tahun, Mohammed Abu Khudair. (Bbcarabic/Ram) sumber

No comments: