Saturday, July 12, 2014

PALESTIN: Ancam serang lapangan terbang

Gaza: Kumpulan pejuang Hamas semalam memberi amaran kepada syarikat penerbangan supaya tidak membenarkan pesawat mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion, Israel kerana mereka merancang melancarkan serangan roket ke lapangan terbang itu.
Perkara itu dinyatakan kumpulan berkenaan ketika rejim Zionis tidak menunjukkan sebarang tanda untuk menghentikan kekejaman mereka.

“Sebagai tindak balas terhadap keganasan Israel menyerang penduduk Gaza, Hamas memutuskan untuk melakukan serangan ke atas Lapangan Terbang Ben Gurion kerana ia menjadi sebahagian daripada tempat untuk melancarkan serangan ke atas kami.

“Kami mengingatkan agar anda (syarikat penerbangan) tidak melakukan pendaratan di lapangan terbang terbabit,” menurut kenyataan yang dikeluarkan kumpulan itu.
FotoLETUPAN besar sejurus selepas tentera udara Israel mengebom sebuah bangunan di bandar Gaza, semalam.
Menurut Hamas, ia sudah melancarkan sekurang-kurangnya satu serangan roket ke arah lapangan terbang berkenaan semalam.

Kira-kira 102 orang rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara selama empat hari yang dilancarkan Israel ke atas Gaza, termasuk enam semalam.

Hamas melancarkan serangan balas dengan melepaskan ratusan roket ke arah Israel dan mengenai sehingga kawasan yang terletak beratus-ratus kilometer dari Gaza.

Kumpulan berkenaan berkata, amaran berkenaan dikeluarkan kepada pesawat penerbangan dari luar agar dapat mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini dan kecederaan kepada penumpang mereka. - Reuters

Sumber

No comments: