Sunday, July 13, 2014

PALESTIN - Askar Israel Sudah Masuk ke Gaza

BANDARAYA GAZA: Tanpa menghiraukan gesaan masyarakat antarabangsa untuk gencatan senjata, Israel memperluaskan serangan ke institusi awam yang disyaki mempunyai hubungan dengan Hamas dan menghantar askar ke Gaza untuk pertama kali bagi menyerang tapak pelancaran roket di wilayah Palestin itu awal hari ini.

Lebih 156 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan selama lima hari itu.
Menurut tentera Israel, empat askar cedera dalam serangan di utara Gaza itu dan mereka sudah kembali ke wilayah Israel.

Ia adalah kali pertama askar Israel diketahui memasuki Gaza dalam serangan semasa. - AP sumber

No comments: