Monday, July 7, 2014

PALESTIN - Isdrael Serang 10 Sasaran di Gaza

Foto Tentera Israel melancarkan roket daripada sistem pertahanan Iron Dome untuk memintas roket yang dibedil dari Gaza di bandar Ashkelon, semalam. - Foto AP

Reaksi balas ke atas bedilan roket pejuang Palestin

BAITULMAQDIS: Pesawat Israel melancarkan serangan ke atas 10 kawasan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza semalam, sebagai tindak balas terhadap serangan roket berterusan dari wilayah kecil itu, kata tentera Israel.

Pelancar roket dan satu kemudahan pengeluaran senjata adalah antara sasaran serangan udara terbabit, menyusul satu satu bedilan roket Palestin, yang dipintas oleh sistem roket pertahanan Iron Dome, Israel di selatan bandaraya utama Beersheba kelmarin. sumber

No comments: