Tuesday, July 1, 2014

PALESTIN - Israel Dakwa Temui Mayat 3 Remaja Yahudi

HALHUL, Wilayah Palestin: Israel sudah menemui mayat tiga remaja yang hilang dan menuduh Hamas membunuh mereka dan berikrar akan menghukum pergerakan itu.

“Petang ini kami menemui tiga mayat dan semua tanda-tanda menunjukkan mereka adalah mayat tiga remaja yang diculik," kata Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu kepada jemaah menteri pada permulaan sesi tergempar Kabinet keselamatannya.

“Mereka dibunuh...Hamas bertanggungjawab dan Hamas akan menerima padahnya," katanya.

Selepas beberapa jam, sesi Kabinet itu berakhir tanpa sebarang kenyataan dan radio awam melaporkan mereka akan menyambung semula mesyuarat petang ini.

Seorang pegawai kanan Hamas memberi amaran kepada Israel bahawa sebarang tindak balas akan membuka "pintu neraka".

Penemuan mayat tiga itu di sebuah lapangan di selatan Tebing Barat itu berlaku 17 hari selepas remaja berkenaan hilang dan menjurus kepada usaha mencari yang menyebabkan lima rakyat Palestin terbunuh dan 400 lagi ditahan. - AFP   sumber

No comments: