Thursday, July 10, 2014

PALESTIN - Korban Meningkat ke 57 Orang

GAZA CITY: Serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, awal hari ini menyebabkan tujuh terbunuh, menjadikan jumlah korban setakat ini meningkat kepada 57 orang dalam serangan tiga hari berturut-turut.

Semalam, sekurang-kurangnya 29 penduduk Palestin terbunuh namun Hamas terus melancarkan roketnya ke arah Israel.

Presiden Palestin Mahmud Abbas menuduh Israel sengaja melancarkan pertumpahan darah di Gaza namun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran serangan berkenaan akan ditingkatkan lagi.

Setakat ini tiada korban membabitkan pihak Israel namun Hamas menunjukkan roket yang dilancarkan pergerakan itu di seluruh Israel menyebabkan siren dibunyikan di beberapa bandar utama sehingga bunyinya didengari dari Gaza, Tel Aviv, Baitulmuqaddis, dan Haifa. - AFP sumber

No comments: