Monday, July 28, 2014

PALESTIN - Korban Pertama Setelah Gencatan Senjata

BANDARAYA GAZA: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun, terbunuh di utara Gaza selepas dilaporkan terkena tembakan kereta kebal Israel, hari ini.

Menurut pegawai perubatan Palestin, ini adalah kematian pertama sejak kedua-dua pihak itu menghormati gencatan senjata kemanusiaan menjelang Aidilfitri.

Menurut jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra, kanak-kanak itu terkorban selepas letupan itu terkena sebuah rumah di timur Jabaliya - tempat pertempuran tercetus di antara tentera Israel dan Hamas, baru-baru ini.

Menurut Qudra, kanak-kanak berkenaan, Samih Ijneid, adalah orang pertama terbunuh di Gaza, hari ini sejak gencatan senjata dimulakan walau pun tiga kali mengalami kecederaan pada malam kejadian itu.

Jumlah kematian setakat ini meningkat kepada 1,036 sejak pencerobohan tentera Israel di Gaza pada 8 Julai lalu. - AFP  sumber

No comments: