Wednesday, July 23, 2014

PALESTIN: Lebih 100.000 rakyat Palestin hilang tempat tinggal- PBB

GAZA CITY 22 Julai - Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) semalam berkata, jumlah penduduk Palestin mencari perlindungan di premis perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meningkat melebihi 100,000 orang ketika serangan Israel ke atas Gaza memasuki minggu kedua.
Jurucakap agensi itu, Christopher Gunness dalam satu kenyataan berkata, jumlah mereka yang mencari tempat perlindungan meningkat dua kali ganda berbanding konflik Gaza pada 2009. - AFP

No comments: