Tuesday, July 22, 2014

PALESTIN: Mayat celah runtuhan

Gaza City: Pertempuran selama dua minggu antara Israel dan Hamas mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 514 warga Palestin serta 20 Israel selain mengakibatkan puluhan ribu penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal.
Serangan udara Israel terus menghentam Gaza dan pekerja penyelamat berhampiran bandar Khan Younis di selatan Gaza terpaksa mencari mayat di celah timbunan runtuhan sebuah rumah dikenal pasti milik keluarga Abu Jamea.

Rumah itu musnah dalam serangan udara yang dilakukan sepanjang malam, kata pegawai kementerian kesihatan Ashraf al-Kidra.

Menurutnya, jumlah kematian warga Palestin kini melebihi 514 orang. Lebih separuh daripada jumlah itu 268 orang secara tepatnya terbunuh sejak operasi serangan darat dimulakan Israel, Khamis lalu.
FotoANGGOTA penyelamat mencari mayat dan mangsa yang terselamat di bawah runtuhan apartmen yang dibom.

Jumlah itu termasuk 20 mayat yang ditemui di satu lokasi di Khan Younis namun dua orang juga berjaya ditemui dalam keadaan selamat di dalam runtuhan bangunan.

Katanya, di Rafah, sebuah rumah dibedil kereta kebal Israel mengakibatkan 10 termasuk empat kanak-kanak dan seorang bayi berusia sembilan tahun maut.

“Mereka tiba-tiba menyerang rumah kami sekitar jam 2 pagi. Kami tiada kaitan dengan aktiviti politik atau tentera.

“Kami cuma tinggal di sini. Apakah dosa kami?” kata ketua keluarga itu, Dr Mahmoud Siyam.

Sementara itu, tentera Israel mendakwa berjaya menumpaskan usaha penyelinapan Hamas di dua terowong dari utara Gaza ke selatan Israel.

Ia mendakwa 10 pejuang Hamas yang ditahan dalam operasi itu dibunuh. - AP

Sumber

No comments: