Sunday, July 13, 2014

PALESTIN -Sudah 157 Terkorban

BANDARAYA GAZA: Serangan udara Israel terhadap Gaza membunuh 52 orang semalam, termasuk dua wanita orang kurang upaya di sebuah pusat pemulihan, menurut pegawai perubatan.

Angka korban itu menjadikan Sabtu hari paling ramai rakyat Palestin terbunuh dalam serangan sejak lima hari itu, sekali gus meningkatkan bilangan yang terkorban kepada 157 orang.
Serangan terburuk berlaku di daerah Tuffah di timur Bandaraya Gaza di mana 18 orang terbunuh dalam serangan ke atas sebuah rumah dan masjid.

Kelmarin, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan 77 peratus daripada mereka yang terbunuh dalam serangan israel itu adalah orang awam. - AFP sumber

No comments: